Muhammad Darwish Bin Ahmad Kamal SK SUBANG
Kajian ini membincangkan isu pengurusan sisa pepejal dalam kalangan murid sekolah yang masih kurang memuaskan walaupun pelbagai kempen kesedaran dijalankan. Bagi mengatasi masalah ini, satu inovasi dikenali sebagai Funbin – Throw & Earn dibangunkan dengan menggabungkan teknologi automasi dan elemen ganjaran untuk meningkatkan motivasi murid membuang sampah dengan betul. Sistem ini menggunakan Arduino, sensor ultrasonik, motor servo, LED, pembesar suara dan pengimbasan kod QR melalui aplikasi PictoBlox. Funbin memberikan maklum balas visual, audio dan ganjaran mata secara serta-merta. Hasil kajian menunjukkan kadar keberkesanan pengesanan sebanyak 90% serta peningkatan minat dan keterlibatan murid.