YS1181: FROM WASTE TO ENERGY- LUMEERA

AARON ISKANDAR BIN IDRIS SMK SEKSYEN 18

Sisa makanan yang dibuang tanpa proses guna semula menyumbang kepada pencemaran alam sekitar serta pembaziran sumber. Pada masa yang sama, kebanyakan bahan pemula api atau briket yang terdapat di pasaran berasaskan bahan kimia dan kurang mesra alam. Oleh itu, LUMEERA dibangunkan sebagai blok bahan api mesra alam yang dihasilkan daripada sisa makanan. Produk ini menggunakan kulit oren, serai, hampas teh, hampas kelapa dan daun pandan sebagai bahan utama, manakala lilin lebah bertindak sebagai agen pengikat semula jadi. LUMEERA bukan sahaja berfungsi sebagai pemula api atau briket, malah turut berperanan sebagai penghalau nyamuk semula jadi serta berupaya menjana tenaga elektrik berskala kecil melalui sistem termoelektrik ringkas. Hasil kajian menunjukkan bahawa satu blok LUMEERA mampu terbakar secara stabil sehingga 30 minit tanpa menghasilkan asap berlebihan. Inovasi ini berpotensi untuk mengurangkan pencemaran, menurunkan kos serta menggalakkan amalan kelestarian dalam kalangan masyarakat.