IBRAHIM NAUFAL BIN MOHD SAIFUL HISHAM SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI
OASIS (Oil to Art Sustainable Innovation System) ialah sebuah sistem inovasi
yang menukarkan minyak terpakai kepada bahan seni berkualiti tinggi secara
lestari. Projek ini menggabungkan teknologi hijau, kreativiti dan kesedaran
alam sekitar bagi menghasilkan produk seni seperti cat, dakwat dan medium
berasaskan minyak terpakai yang telah diproses selamat dan mesa alam.
OASIS bukan sahaja mengurangkan pencemaran minyak, malah membuka
peluang ekonomi kitaran baharu untuk komuniti, artis dan industri kreatif.
Melalui OASIS, sisa menjadi sumber, dan inovasi menjadi inspirasi.