IYLIA MARLISA BINTI MAZLAN SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT JUASSEH
Classroom Noise Control (CNC) ialah projek inovasi yang dibangunkan untuk membantu guru mengawal kebisingan dalam kelas, terutamanya semasa ketiadaan guru. Menggunakan teknologi micro:bit dan sensor bunyi, alat ini mengesan tahap kebisingan dan memberi maklum balas melalui lampu LED berwarna serta bunyi amaran. Jika bunyi terlalu bising, sistem akan menghantar notifikasi kepada guru melalui alat penggera khas. CNC bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih terkawal dan kondusif. Projek ini juga berpotensi dikembangkan dengan teknologi seperti ESP8266 untuk penghantaran mesej terus ke telefon pintar guru.