SS1532: RNPS Kit: Regulated Nature Play System

Anis Ruhizzati Binti Ahmad Riffai Universiti Kebangsaan Malaysia

RNPS Kit (Regulated Nature Play System) merupakan satu inovasi berbentuk sistem dan kit pembelajaran yang direka untuk membantu kanak-kanak mengawal emosi secara kendiri selepas aktiviti fizikal yang berunsurkan alam. Inovasi ini mengintegrasikan pendekatan Play-Focus-Calm dalam satu aliran aktiviti berstruktur yang menyokong kesejahteraan fizikal, mental, emosi, sosial dan spiritual kanak-kanak. Kit ini mengandungi kad aktiviti Play, kad aktiviti Focus, kad aktiviti Calm dan kad emosi bagi membantu kanak-kanak memahami peralihan emosi secara konkrit. Program ini boleh dilaksanakan dalam dua mod iaitu persekitaran sebenar (outdoor) dan simulasi (indoor), menjadikannya fleksibel dan berpotensi untuk digunakan secara meluas di pelbagai institusi pendidikan awal kanak-kanak.