SUHAIRI BIN ROSLE SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN, BATU PAHAT
ATMAS (Athletics Tournament Management System) merupakan satu inovasi yang direka untuk memudahkan pengurusan kejohanan olahraga secara lebih sistematik dan efisien. Sistem ini membantu guru mengurus pendaftaran peserta, pemarkahan serta keputusan secara digital dan tersusun. Dengan pendekatan mesra pengguna, ATMAS bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, malah mengurangkan risiko kesilapan manusia. ATMAS bebas digunakan di mana-mana peranti seperti komputer riba, telefon bimbit dan tablet. Inovasi ini diharap dapat meningkatkan kualiti pengurusan sukan serta memberi pengalaman yang lebih lancar dan profesional kepada semua pihak yang terlibat.