PR1535: KhidBK SMKS

KHALIZAH BINTI ABDUL KADIR SMK SANDAKAN

VIC26 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

KhidBK SMKS merupakan satu inovasi digital yang dibangunkan untuk menangani isu ketidakcekapan
dalam pengurusan borang rujukan guru dan permohonan sesi kaunseling murid secara manual. Kajian
ini menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1988) yang merangkumi empat fasa utama:
pemerhatian, refleksi, perancangan, dan tindakan. Intervensi ini melibatkan penggunaan Google Form
sebagai platform pengumpulan data, Telegram sebagai saluran notifikasi segera, dan Looker Studio
sebagai paparan data melalui papan pemuka (dashboard). Dapatan menunjukkan peningkatan ketara
dari segi akses, pemantauan dan keberkesanan intervensi. Inovasi ini bukan sahaja menyelesaikan
masalah borang fizikal, malah membolehkan data sahih dikumpulkan secara masa nyata bagi kegunaan
guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah.


Kata kunci: Inovasi digital, Google Form, Telegram, Looker Studio, pemantauan murid, pengurusan
data sekolah.