FELICITY DEA AMANDA ANAK KENNETH KUANGA SMK PENRISSEN
Hemlich Maneuver Mystery Box merupakan inovasi permainan pendidikan berbentuk kotak misteri yang dibangunkan untuk membantu murid memahami topik Bantuan Kecemasan dalam Bab 2 KSSM Sains Tingkatan 4. Permainan ini memfokuskan kepada teknik Heimlich Manoeuvre dan langkah bantuan kecemasan ketika seseorang tercekik. Inovasi ini menggabungkan elemen misteri, cabaran dan aktiviti hands-on melalui penggunaan kad situasi, alat simulasi dan soalan berkaitan bantuan kecemasan. Pendekatan pembelajaran berasaskan permainan ini dapat meningkatkan minat, penglibatan dan kefahaman murid terhadap langkah keselamatan dan tindakan kecemasan secara lebih menyeronokkan serta interaktif. Selain itu, permainan ini membantu murid menguasai kemahiran asas pertolongan cemas, meningkatkan keyakinan diri dan memupuk kerjasama dalam kalangan murid semasa aktiviti pembelajaran dijalankan.