CHEOK CHUN XIANG SMK RAJA JUMAAT
Inovasi Healthy Card PJK merupakan satu kaedah pengajaran kreatif yang dilaksanakan semasa waktu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) Tingkatan 5 bagi meningkatkan tahap kecergasan murid secara aktif dan menyeronokkan. Inovasi ini menggunakan kad manila terpakai yang dipotong kepada empat segi kecil dan ditulis pelbagai aktiviti senaman seperti latihan daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan serta kecergasan kardiovaskular berdasarkan sukatan pelajaran. Semua kad dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan murid akan mencabut satu kad secara rawak sebelum melaksanakan aktiviti yang tertera mengikut tempoh atau ulangan yang ditetapkan guru. Kaedah ini mewujudkan elemen kejutan, meningkatkan motivasi, menggalakkan penglibatan menyeluruh dan membina semangat kerjasama dalam kalangan murid. Inovasi ini tidak melibatkan sebarang kos kerana menggunakan bahan kitar semula yang mudah diperoleh, sekali gus menjadikannya praktikal, mesra alam dan sesuai dilaksanakan secara berterusan dalam sesi Pdpc.