ABDAH SUFIAH BINTI SAMAD MRSM JOHOR BAHRU
Projek D'Hanger merupakan inovasi penyangkut pakaian elektrik yang dilengkapi dengan sistem kipas pengering. Ia direka khas untuk kegunaan pelajar asrama yang sering menghadapi masalah untuk mengeringkan pakaian dalam ruang yang terhad dalam masa yang singkat. Penyangkut baju ini menggunakan motor arus terus kerana ianya berkuasa rendah dan menggunakan bateri untuk menghasilkan aliran udara berterusan, membantu mempercepatkan proses pengeringan tanpa merosakkan fabrik. Reka bentuknya yang mudah alih sesuai untuk diletakkan di dalam bilik asrama. Projek ini bertujuan meningkatkan keselesaan dan kecekapan pelajar dalam mengurus pakaian harian mereka, terutamanya ketika cuaca lembap atau musim hujan.