YS1300: CHARLIEGUARD

NIK AISYA SOFEA BINTI NIK MUHD SAFARUDDIN SMK DATO' AHMAD MAHER

Semut Charlie merupakan salah satu perosak domestik yang sering mengganggu kebersihan rumah dan persekitaran sekolah. Inovasi CharlieGuard menggunakan bahan semula jadi seperti serbuk kopi terpakai, kulit oren, cuka putih, dan minyak pati pudina untuk menghalau semut secara efektif tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya. Kaedah ini mudah disediakan, kos rendah, dan selamat untuk manusia serta haiwan peliharaan. Ujian demonstrasi menunjukkan semut enggan melintasi kawasan yang telah disembur, menandakan keberkesanan inovasi ini. CharlieGuard bukan sahaja menyediakan penyelesaian mesra alam dan selamat, tetapi juga berpotensi dikomersialkan sebagai produk DIY inovatif untuk kegunaan harian.