HASYA MAISARAH BINTI MOHD HARIZ SEKOLAH TUNKU AZIZAH
TechnoSpark Helmet ialah inovasi topi keledar pintar yang dilengkapi dengan sistem GPS dan penderia kemalangan melalui applikasi telegram bot untuk meningkatkan keselamatan penunggang motosikal. Masalah utama ialah tiada sistem pemberitahuan segera kepada keluarga apabila kemalangan berlaku, menyebabkan kelewatan bantuan. Objektif inovasi ini adalah membangunkan topi keledar yang dapat menghantar mesej notifikasi automatik beserta lokasi kepada keluarga semasa kemalangan. Metodologi melibatkan pemasangan modul GPS dan penderia gegaran dengan mengesan hentakan magnitud pada topi keledar serta integrasi dengan aplikasi mudah alih bagi pemberitahuan masa nyata. Ujian simulasi dijalankan untuk memastikan keberkesanan sistem. Dapatan menunjukkan Helmet TechnoSpark membantu keluarga bertindak pantas dan mengurangkan risiko kematian akibat kelewatan bantuan. Cadangan penambahbaikan termasuk penambahan kamera mini dan penggunaan kecerdasan buatan bagi pengesanan lebih tepat. Kesimpulannya, topi keledar ini mampu meningkatkan tahap keselamatan penunggang dengan memberikan makluman segera jika berlaku kemalangan.
Kata Kunci: Topi keledar pintar, GPS, notifikasi kemalangan, keselamatan penunggang, teknologi kecerdasan buatan.