YS309: WHITE DRAGON BITES

SITI NUR AISYAH BINTI AZAHA KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

Produk inovasi ini dihasilkan kerana kulit buah naga sering dianggap sebagai bahan buangan dan dibuang begitu sahaja 
selepas isi buahnya digunakan. Walhal, kulit buah naga masih mengandungi pelbagai nutrien seperti serat dan 
antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Pembaziran sisa makanan ini bukan sahaja merugikan dari segi 
ekonomi, malah memberi kesan kepada alam sekitar. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk memanfaatkan kulit buah 
naga sebagai bahan tambahan dalam penghasilan softcookie bagi mengurangkan pembaziran serta meningkatkan nilai 
nutrisi produk