NURUL UMAIRAH BINTI JUMADIL SMK Kalabakan
Abstrak
Algebra merupakan salah satu tajuk yang penting dalam matematik sama ada diperingkat Menengah Rendah, Menengah Atas ataupun diperingkat Universiti. Projek ini tertumpu kepada Matematik Tingkatan 2 dalam bab 2 iaitu Pemfaktoran dan Pecahan Algebra di bawah sub tajuk 2.1.2 Melaksanakan kembangan dua ungkapan algebra dan 2.2.2 Memfaktorkan ungkapan algebra dengan pelbagai kaedah. Berdasarkan pemerhatian dan sesi soal jawab semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) didapati pelajar sukar untuk melaksanakan Kembangan dua ungkapan algebra dan sukar membuat pemfaktoran ungkapan algebra. Fokus diberikan bagi membantu pelajar dalam membuat pengembangan dan pemfaktoran ungkapan algebra. Pemilihan subtopik ini kerana pelajar tidak menjawab atau memberikan jawapan yang salah dalam soalan serta tidak dapat membuat pengembangan dan pemfaktoran dengan baik. Guru melakukan langkah intervensi dengan mencipta kaedah (inovasi) bagi memudahkan pelajar membuat pengembangan dan pemfaktoran sesuatu algebra. Guru mencipta satu papan putih yang mengandungi kaedah pegembangan dan pemfaktoran yang pelajar boleh gunakan berulang-ulang kali. Inovasi yang dihasilkan adalah menggunakkan kaedah yang ringkas dan mudah untuk diingati. Pihak pentadbir telah menggalakkan penghasilan satu inovasi dalam menerapkan STEM dalam kalangan pelajar SMK Kalabakan, maka terhasillah Si Comel Algebra. Kualiti Si Comel Algebra ini telah ditambahbaik dari masa ke semasa. Ia telah di gunakan dalam pembelajaran STEM Bersepadu. Pelaksanaan pembelajaran bersepadu ini telah mendapat bimbingan daripada SISC+ daerah Tawau dan bahagian Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Kumpulan guru dan murid yang terlibat mengadakan beberapa sesi perbincangan agar pelaksanaan dan penggunaan Si Comel Algebra dapat dilaksanakan dengan jayanya, beberapa siri pembentangan juga dilaksanakan sebelum pembentangan akhir dalam Kolokium Amalan Terbaik PdPc STEM-TVET Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024. Pelaksanaan penghasilan Si Comel Algebra ini mengikut proses dan prosedur secara berperingkat. Setiap langkah proses diperjelaskan dan mengambil kira penglibatan murid dalam menghasilkan Si Comel Algebra ini. Terdapat 4 langkah pelaksanaan inovasi ini pertama merungkai DSKP, kedua membuat aktiviti tinjauan masalah (ujian pra), ketiga membuat aktiviti intervensi (penggunaan Si Comel Algebra), dan keempat membuat ujian pos. Analisis dapatan bagi pelajar yang menguasai adalah meningkat sebanyak 96.4%. Dengan peningkatan ini pelajar akan dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan pengembangan dan pemfaktoran dengan lebih baik dalam membuat latihan dan ujian. Tajuk ini amat penting kerana pelajar akan menggunakan dan mengaplikasikannya sehingga ke peringkat Universiti, sama ada dalam bentuk tugasan projek mahupun dalam menjawab soalan peperiksaan. Pengurusan yang sistematik juga mampu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu guru tempuhi pada masa kini. Oleh itu, sebagai seorang pendidik, guru perlu sentiasa maju ke hadapan seiring dengan perkembangan global agar pendidikan di negara kita berkualiti sepanjang masa.