NUR IZZATUL WAFAA BINTI MOHD HEDZIR SEKOLAH MENENGAH SRI AL AMIN BANGI
Maskara yang dihasilkan menggunakan beeswax menjadikan ia kalis air. Hal ini menyebabkan maskara ini tidak mudah luntur apabila terkena air atau berpeluh. Selain itu, penggunaan bahan-bahan semula jadi juga dapat membantu pertumbuhan bulu mata dan sesuai untuk digunakan oleh individu yang mempunyai mata sensitif. Seterusnya, gincu serba guna 3-in-1 pula buakan sahaja mudah untuk dibawa kemana-mana, tetapi gincu ini juga dapat menjimatkan masa untuk touch up. Hal ini kerana gincu ini boleh digunakan di bibir, mata dan pipi serta dapat menjimatkan penggunaan ruang. Tambahan pula, bahan-bahan semula jadi yang digunakan sesuai untuk individu yang mempunyai kulit sensitif kerana ia bebas daripada bahan kimia yang boleh merosakkan kulit.