ST1936: ALAT PENYEMBUR RACUN CILI AUTOMATIK

MUHAMMAD HASIF BIN MOHD SUHAIMI KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR

Alat penyembur racun adalah satu peralatan yang penting di dalam sektor pertanian kerana alat ini sering digunakan untuk melakukan kerja-kerja penyemburan pada tanaman. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan, di dapati bahawa pekebun sering mempunyai masalah ketika melakukan kerja-kerja penyemburan. Permasalahan utama yang di hadapi oleh pekebun adalah, penggunaan alat penyembur racun jenis pam air memerlukan banyak penggunaan tenaga manusia kerana pekebun perlu melakukan aktiviti penyemburan secara kaedah manual, Contohnya dari satu pokok ke satu pokok yang lain. Jadi ini menimbulkan masalah di mana banyak menggunakan tenaga manusia kerana pekebun perlu membawa sendiri tong penyembur racun. Projek ini bertujuan untuk memudahkan urusan para pekebun di kebun untuk melakukan kerja-kerja penyemburan racun pada tanaman. Projek ini juga dapat membantu para pekebun untuk melakukan semburan racun dan dapat menggurangkan tenaga kerja apabila melakukan kerja-kerja penyemburan. Oleh itu, dengan mengambil pendekatan inisiatif untuk menghasilkan sebuah alat penyembur racun cili automatik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Projek ini dikendalikan secara 2 kaedah kawalan iaitu forward dan reverse bagi membolehkan alat ini bergerak dengan lancar. Proses pembuatan alat penyembur racun cili automatik ini bermula daripada mencari bahan dan peralatan yang akan digunakan. Seterusnya proses mengukur, memotong dan membuat pendawaian pada projek. Kemudian, kami menggunakan bateri DC 12V, motor DC 12V, 4 Channel Wireless control DC 12V dan sebagainya. Kesimpulannya, projek yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat dan kebaikkan kepada pekebun yang mempunyai tanaman kerana pekebun menghadapi masalah di mana memerlukan masa yang panjang untuk menyembur racun di sesuatu Kawasan. Projek ini dapat membantu pekebun meyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dan  meskipun projek ini terdapat beberapa kekurangan. Kami berharap projek ini dapat ditambahbaik di masa hadapan supaya dapat menjadi lebih sempurna dan dapat membantu para pekebun di luar sana.