Zimmi Bin Zamkasri SMK GOMBAK SETIA
Kajian ini membangunkan sabun semula jadi berasaskan essential oil dan minyak pati
ros sebagai alternatif penjagaan kulit yang mesra alam dan berkesan. Formulasi sabun
ini menggabungkan sifat antibakteria dan antioksidan daripada essential oil dengan
keharuman serta khasiat minyak pati ros yang kaya dengan vitamin C dan polifenol.
Sabun ini dirumus untuk memberi manfaat kepada dua kumpulan pengguna utama:
remaja dan individu berusia 40 tahun ke atas. Bagi remaja, sabun ini membantu
mengawal minyak berlebihan, mengurangkan jerawat, serta mengekalkan kelembapan
kulit tanpa menyebabkan iritasi. Manakala bagi pengguna berusia 40 tahun ke atas,
sabun ini berpotensi memudarkan jeragat, memperbaiki tona kulit, dan meningkatkan
keanjalan melalui rangsangan regenerasi sel. Hasilnya, sabun berasaskan minyak pati
ros bukan sahaja berfungsi sebagai pembersih, tetapi juga sebagai agen penjagaan kulit
yang menyeluruh, sesuai untuk pelbagai peringkat umur.