NUR ARMEL ZALYKA BINTI MOHD KHUZAINI SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG TAMAN MERU,IPOH
Kekurangan hidrasi dalam kalangan murid boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan dan prestasi pembelajaran mereka. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan Auto Water Dispenser, sebuah sistem penyediaan air automatik yang direka khas bagi meningkatkan akses murid kepada air minuman bersih di sekolah. Sistem ini dilengkapi dengan sensor pintar yang membolehkan pengeluaran air tanpa perlu menyentuh dispenser, sekali gus mengurangkan risiko penyebaran kuman dan meningkatkan keselesaan pengguna. Kajian ini mengukur tahap penggunaan dispenser oleh murid, keberkesanan sistem dalam meningkatkan pengambilan air, serta kepuasan pengguna terhadap teknologi ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa Auto Water Dispenser berpotensi meningkatkan kadar hidrasi murid sebanyak 30%, serta menyediakan alternatif penyediaan air yang lebih bersih, mudah dan selamat. Oleh itu, sistem ini boleh dijadikan sebagai salah satu inovasi penting dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih sihat dan mesra teknologi.