YS1367: EL-MASTER OF FACTS

NUR ERNIEZA TAHLIA BINTI SAMAWI SMK PENRISSEN

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 16 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

“EL-Master of Facts” merupakan inovasi pendidikan berasaskan permainan kad yang diinspirasikan daripada permainan UNO bagi membantu murid memahami topik Bab 10 Sains KSSM Tingkatan 4 dengan lebih interaktif dan menyeronokkan. Permainan ini menggabungkan kad berwarna, kad tindakan khas dan soalan berkaitan isi pembelajaran untuk meningkatkan penguasaan konsep secara santai tetapi berkesan. Murid perlu menjawab soalan sebelum meneruskan permainan, sekali gus meningkatkan kefahaman, daya ingatan dan penglibatan aktif semasa PdP. Selain itu, permainan ini turut menggalakkan komunikasi, kerjasama dan pemikiran kritis dalam kalangan murid. “EL-Master of Facts” sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar kreatif bagi menjadikan pembelajaran Sains lebih menarik dan efektif.