JS1119: E-JEJAK MALAYSIA

ALLEYCIA FLORENDCEE HANA ANAK ERNIKA SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA PENYARAI

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

E-Jejak Malaysia merupakan sebuah inovasi digital bagi mata pelajaran Sejarah Tahun 6 yang dibangunkan untuk membantu murid memahami kronologi pembentukan Malaysia secara lebih interaktif dan menyeronokkan. Inovasi ini dihasilkan berikutan masalah murid yang kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah, sukar mengingati fakta serta kurang memahami urutan peristiwa penting dalam pembentukan Malaysia akibat kaedah pengajaran yang terlalu berfokus kepada teks dan hafalan. Keadaan ini menyebabkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran menjadi kurang aktif dan tahap penguasaan mereka terhadap topik sejarah juga rendah. Bagi mengatasi masalah tersebut, E-Jejak Malaysia dibangunkan dengan mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia seperti nota interaktif, komik digital, video animasi, lagu pendidikan dan permainan interaktif. Penggunaan elemen digital ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kreatif, menyeronokkan dan berpusatkan murid. Hasil pelaksanaan inovasi menunjukkan bahawa E-Jejak Malaysia berjaya meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap kronologi pembentukan Malaysia serta membantu murid mengingati fakta sejarah dengan lebih mudah dan berkesan. Murid menunjukkan perubahan positif dari segi penglibatan, keyakinan dan minat terhadap mata pelajaran Sejarah.