ALTAMIS NURHAN BIN AZLAN SHAH SK JAWI
Industri akuakultur kini berdepan dengan cabaran kos makanan ikan yang tinggi dan kebergantungan kepada sumber tidak lestari seperti 'fishmeal'. Projek ini membangunkan ECO MORIBITE - Pelet Ikan Lestari, iaitu formulasi pelet berasaskan bahan buangan organik tempatan seperti sisa ikan, kulit pisang, daun moringa, hampas kelapa dan tepung ubi kayu, yang diperkaya dengan probiotik semula jadi. Kajian bertujuan menilai keberkesanan pelet ini berbanding pelet komersial dari segi pertumbuhan, kesihatan ikan, dan kos penghasilan. Inovasi ini menyokong amalan kitar semula, memperkasa komuniti penternak kecil, serta menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 2, SDG 12, dan SDG 13).