YS1414: ECO SPACE DUAL-FUNCTION ORGANIZER (EDO)

CHU ZHI XUAN SMK DATO' PENGGAWA BARAT

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

ECO SPACE DUAL-FUNCTION ORGANIZER (EDO)

Perkembangan urbanisasi dan gaya hidup moden menyebabkan ruang kediaman semakin terhad, khususnya dalam kalangan pelajar dan golongan muda yang tinggal di asrama atau kediaman bersaiz kecil. Kekurangan sistem penyimpanan yang sistematik mengakibatkan meja belajar dan ruang kerja menjadi tidak teratur serta menjejaskan kecekapan dan keselesaan. Pada masa yang sama, peningkatan sisa pepejal seperti kotak kasut turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar sekiranya tidak dimanfaatkan dengan baik.

Sehubungan itu, EcoSpace Dual-Function Organizer (EDO) diperkenalkan sebagai inovasi berkonsepkan guna semula dan kelestarian. Produk ini menggunakan kotak kasut terpakai sebagai struktur asas dan direka kepada dua kompartmen utama, iaitu ruang penyimpanan tisu serta ruang pelbagai guna untuk barangan kecil seperti alat kawalan jauh, telefon bimbit dan alat tulis. Reka bentuknya yang ergonomik dan minimalis membantu menjimatkan ruang serta mengekalkan kekemasan persekitaran.Metodologi pembangunan melibatkan proses pemotongan, pengukuhan dan pembahagian ruang menggunakan bahan sokongan tambahan. Bahagian luar dihias bagi meningkatkan nilai estetika dan daya tarikan komersial.

Kesimpulannya, EDO menyelesaikan masalah pengurusan ruang secara praktikal dan menyokong amalan kitar semula. Produk ini kos efektif serta berpotensi untuk dikomersialkan sebagai penyelesaian penyimpanan pintar yang mesra alam.