MUHAMMAD FAQIH BIN HASMANIZAN KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH
Kajian ini bertujuan membangunkan satu formulasi bio-racun serangga berasaskan bahan semula jadi yang dinamakan BioGuard Natural Insecticide, menggunakan daun semambu Azadirachta indica, bawang putih dan cili sebagai alternatif kepada racun kimia sintetik dalam mengawal serangan bena putih atau dikenali sebagai koya pada tanaman. Daun semambu dipilih kerana mengandungi bahan aktif seperti azadirachtin yang berfungsi sebagai penghalang pertumbuhan dan pembiakan serangga, manakala bawang putih dan cili bertindak sebagai agen penghalau serta racun sentuh terhadap perosak. Dalam kajian ini, kaedah pengekstrakan berperingkat digunakan bagi mendapatkan sebatian bioaktif daripada bahan utama. Proses pengekstrakan dijalankan menggunakan teknik pemanasan secara double boiler pada julat suhu 40–50°C bagi mengekalkan kestabilan bahan aktif dan mengelakkan degradasi sebatian semula jadi. Daun semambu diekstrak secara berasingan bersama bawang putih dan cili menggunakan minyak sebagai bahan pembawa. Ekstrak yang terhasil kemudiannya ditapis dan dicampurkan dengan agen pengemulsi bagi membolehkan pencairan dengan air serta aplikasi semburan pada tanaman. Hasil awal kajian menunjukkan bahawa formulasi BioGuard berpotensi mengurangkan populasi bena putih serta lebih selamat kepada alam sekitar berbanding racun kimia konvensional. Selain itu, penggunaan bahan tempatan menjadikan produk ini lebih kos efektif dan mudah dihasilkan oleh petani kecil. Kesimpulannya, BioGuard mempunyai potensi sebagai alternatif lestari dalam pengurusan perosak tanaman.