Muhammad Amir Taqiuddin Bin Mohd Faizi Maktab Mahmud Alor Setar
Smart Mini Air Conditioner merupakan satu sistem penyejukan berskala kecil yang kos efektif, cekap tenaga serta mudah dibawa ke mana-mana sebagai alternatif kepada penghawa dingin konvensional. Projek ini memfokuskan kepada pembangunan peranti yang kompak dengan menggunakan bahan yang mudah diperoleh serta komponen pintar seperti sensor suhu dan kawalan automatik. Reka bentuknya yang ringan dan mudah alih menjadikannya praktikal untuk digunakan dalam pelbagai situasi harian.