AININ BATRISYIA BT ZAZALI MRSM JOHOR BAHRU
Produk Flower Bag with Light Leaf ini bertujuan untuk memudahkan pelanggan mengambil barang di dalam gelap sekaligus dapat membantu pelanggan berjalan di dalam gelap. Produk ini juga mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana dihasilkan oleh pembangun produk yang memounyai kemahiran yang tinggi mengait menggunakan tangan. Melalui proses penyelesaian masalah inventif, Reka Bentuk Fesyen dan Reka Bentuk Elektrik telah dipilih untuk digabungkan bagi menghasilkan produk ini. Reka bentuk ini membolehkan ruangan di dalam beg dapat diterangi serta boleh menyuluh jalan dan di kawasan gelap. Video ini turut memuatkan langkah-langkah menghasilkan produk. Keputusan yang diperoleh daripada penilaian dan pengujian membuktikan produk mampu memenuhi objektif asal penghasilan. Produk juga mendapat maklum balas positif daripada pengguna. Selain itu, video ini turut menyatakan cadangan penambahbaikan bagi membaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti produk.