MUHAMAD AMER FAIZ BIN ZULKEFLEY SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU MUHAMMAD
Projek “RESQ-ROVER 4WD FPV” merupakan inovasi robot penyelamat mini berasaskan teknologi robotik dan Internet of Things (IoT) yang direka untuk membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan berbahaya, sempit dan sukar dimasuki manusia. Robot ini menggunakan platform mikropengawal Espressif Systems ESP32-CAM yang membolehkan penghantaran video secara langsung melalui sistem First Person View (FPV) bagi memudahkan pemantauan keadaan lokasi secara masa nyata. Selain itu, sistem GPS terbina membolehkan pengesanan dan penandaan lokasi mangsa dengan lebih tepat. Inovasi ini dapat meningkatkan kecekapan, keselamatan dan keberkesanan pasukan penyelamat semasa menghadapi situasi kecemasan atau bencana.