ADALIA SAFWA BINTI SAFARI MRSM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan Eco Count Kit, sebuah inovasi mata pelajaran Prinsip Perakaunan yang berasaskan warna dapat membantu meningkatkan pemahaman dan kemahiran pelajar dalam Topik-topik Tingkatan 4 iaitu Klasifikasi Akaun. Akaun Kontra dan Penyediaan Penyata Kewangan Tanpa Pelarasan yang merupakan asas dalam Prinsip Perakaunan.
Populasi kajian merupakan pelajar-pelajar Prinsip Perakaunan MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sampel pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar intervensi yang mendapat Gred D dalam peperiksaan dan ujian-ujian yang telah dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan Eco Count Kit, diharapkan alat bantu mengajar ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan