NUR AQESHAH MAISARA KHATUN BINTI ABDUL RAHIM KHAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN LOK YUK LIKAS
Wheely Wakid adalah beg kitar semula menggunakan botol plastik dan roda sorong. Konsep Wheely Wakid adalah diinspirasikan melalui penggunaan wakid oleh suku kaum kadazan dusun di Sabah. Wakid merupakan beg yang disikut atau disangkut dibahagian belakang badan diperbuat daripada rotan. Wakid digunakan secara tradisional untuk membawa barangan pertanian seperti sayur-sayuran atau buah durian dan sebagainya. Bermula 1 Ogos 2024, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah menguatkuasakan satu kempen iaitu sifar plastik. Perkara ini mendorong kami membuat satu inovasi yang menggunakan bahan kitar semula tetapi memperkenalkan wakid kepada masyarakat. Ia juga memenuhi SDG 12 dengan memastikan alam sekitar dapat dipelihara dan pembuangan bahan buangan tidak terbiodegradasi dapat dikawal.