YS1501: ARS-C (AUTOMATIC RAIN SHIELD - CLOTHES)

NURSYAHIDATUL JASMIANA BINTI JASMIN SMK AGASEH LAHAD DATU SABAH

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Projek inovasi Automatic Rain Shield for Cloths (ARS-C) dibangunkan bagi menyelesaikan masalah komuniti di Taman Khazanah Indah, Lahad Datu yang sering menghadapi situasi pakaian jemuran basah akibat hujan turun secara tiba-tiba ketika penghuni tiada di rumah. Inovasi ini merupakan sebuah model separa berfungsi yang menggunakan aplikasi Arduino dan sensor pengesan hujan (rain detector) untuk mengawal sistem perlindungan jemuran secara automatik. Projek ini dihasilkan melalui pendekatan Engineering Design Process (EDP) yang melibatkan fasa tanya, sumbang saran, cipta dan uji, komunikasi serta penambahbaikan.

Pelaksanaan projek ini turut mengintegrasikan elemen STEM merentas mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK), Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Matematik. Selain membantu menyelesaikan masalah komuniti, projek ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman murid dalam pengujian atur cara, membaiki ralat kod arahan serta memperkenalkan asas pembangunan produk komersial. Kos pembinaan projek ini juga rendah iaitu sekitar RM3.00 kerana kebanyakan bahan diperoleh daripada bahan terpakai dan sumbangan bengkel RBT.

Hasil projek menunjukkan bahawa inovasi ARS-C mampu berfungsi sebagai sistem perlindungan jemuran automatik yang praktikal dan mesra pengguna. Projek ini turut meningkatkan kemahiran murid dalam komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran aras tinggi dan penyelesaian masalah dunia sebenar. Oleh itu, inovasi ini mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai produk pintar rumah (smart home product) pada masa hadapan dengan sokongan pihak industri dan teknologi.