YS1224: LEGENDA PEMBURU TATABAHASA

ELISYA ANAK SELLY SMK PENRISSEN

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.2500 | 1 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 2.3
Like it? | Support them now!

Legenda Pemburu Tatabahasa merupakan sebuah permainan papan interaktif yang direka bagi meningkatkan penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu dalam kalangan murid secara menyeronokkan. Inovasi ini merangkumi empat bidang utama iaitu morfologi, sintaksis, penyuntingan dan Bahasa Melayu Standard. Papan permainan mengandungi seratus petak yang dibahagikan kepada empat tahap kesukaran, bermula daripada mudah hingga sukar, dengan setiap tahap menampilkan raksasa dan bos yang perlu ditewaskan melalui soalan tatabahasa. Sistem bonus nyawa turut disediakan bagi menggalakkan pemain terus cuba tanpa berputus asa. Permainan ini dihasilkan dengan kos yang rendah, bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana, menjadikannya bahan bantu mengajar yang praktikal, berkesan dan berpotensi tinggi untuk dikomersialkan di sekolah-sekolah seluruh negara.