NUR AINUL MADHIHA BINTI MAZHAR SMK LABU BESAR
Inovasi "Reused Facial Cotton Pads as Fire Starter" dibangunkan sebagai solusi lestari terhadap dua isu alam sekitar utama, iaitu peningkatan sisa pepejal akibat pembuangan kapas muka yang digunakan, serta pencemaran udara berpunca daripada penggunaan kepingan getah tayar sebagai bahan pencetus api (Fire starter). Produk inovasi ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim dengan memanfaatkan semula kapas muka terpakai yang dicuci menggunakan air dan sabun, dikeringkan dan seterusnya direndam dalam lilin organik untuk dijadikan bahan pencetus api mesra alam. Hasil soal selidik dalam kalangan penduduk sekitar menunjukkan mereka cenderung menggunakan kepingan getah tayar sebagai fire starter. Antara kelebihan inovasi ini termasuklah kos penghasilan yang rendah, keupayaan untuk berfungsi walaupun dalam keadaan basah, serta penghasilan jelaga yang jauh lebih rendah berbanding kepingan getah tayar. Inovasi ini bukan sahaja mengurangkan beban sisa pepejal, malah menawarkan alternatif yang lebih selamat dan lestari kepada komuniti pengguna setempat.