YS1006: Smart Shelf

QURRATU'AIN BINTI SYAFRISAL SMK GOMBAK SETIA

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Masalah kehilangan dan kekurangan stok inventori sering berlaku di koperasi, stor dan makmal sekolah. Keadaan ini menyebabkan pengguna sukar memantau jumlah barang yang masih ada secara tepat dan sistematik. Sekiranya tidak ditangani, masalah ini boleh mengakibatkan pembaziran masa, kerugian serta kelewatan dalam pengurusan inventori. Bagi mengatasi masalah tersebut, projek Smart Shelf dibangunkan. Projek ini berfungsi untuk memantau jumlah stok inventori secara automatik dan lebih cekap. Sistem ini membantu pengguna dengan cara mengesan perubahan berat barang serta memberikan amaran apabila stok semakin berkurangan. Sistem ini menggunakan sensor berat dan mikropengawal Arduino untuk mengesan jumlah barang di atas rak. Data yang dikesan akan diproses oleh sistem bagi menentukan baki stok inventori semasa dengan lebih tepat. Apabila stok barang berkurangan berlaku, sistem akan mengaktifkan lampu LED atau buzzer sebagai tanda amaran kepada pengguna supaya stok dapat ditambah dengan segera. Mekanisme automatik ini digunakan untuk memastikan pemantauan inventori menjadi lebih mudah, cepat dan tepat. Projek ini mempunyai kelebihan seperti menjimatkan masa dan memudahkan proses pemantauan inventori. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kecekapan pengurusan stok serta mengurangkan risiko kehabisan barang. Secara keseluruhannya, inovasi ini dapat membantu pengguna mengurus inventori dengan lebih sistematik dan berteknologi.