PR536: VR Fiesta: Pengalaman Imersif Kepelbagaian Perayaan Di Malaysia

AZRINA BINTI AHMAD ZUBER SK ISKANDAR SHAH

VIC26 | Professional

CR: 0.2222 | 2 Likes | 9 Views | 3 times | LS: 5.4
Like it? | Support them now!

VR Fiesta merupakan satu inovasi pengajaran yang menggunakan teknologi Virtual Reality (VR) untuk memperkenalkan perayaan di Malaysia kepada murid Tahun 3 selaras dengan Standard Pembelajaran 1.1 Pendidikan Moral. Inovasi ini memberi peluang kepada murid meneroka suasana pelbagai perayaan seperti Hari Gawai, Hari Thaiponggal dan Hari Cap Goh Mei secara maya. Melalui pengalaman imersif ini, murid dapat mengetahu mengenai sambutan perayaan dengan lebih jelas dan menarik. Pendekatan ini dapat meningkatkan minat serta kefahaman murid terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia. Selain itu, VR Fiesta turut membantu memupuk nilai hormat-menghormati, toleransi dan semangat perpaduan dalam kalangan murid sejak di peringkat sekolah rendah.