NUR MUHAMMAD BIN MOHD ZAIRI SK SG. SELISEK
Kajian ini bertujuan membangunkan Mulberry Power Jelly sebagai snek sihat berasaskan buah mulberi yang kaya dengan antioksidan semula jadi. Produk ini dihasilkan bagi mengatasi isu kurangnya pengambilan buah-buahan dan snek berkhasiat dalam kalangan kanak-kanak. Aktiviti antioksidan diuji menggunakan kaedah pengoksidaan epal dengan membandingkan jelly mulberi, jelly biasa dan sampel kawalan. Hasil kajian menunjukkan jelly mulberi melambatkan proses pengoksidaan dengan lebih berkesan. Ujian penerimaan turut mendapati majoriti murid menyukai rasa dan penampilan produk. Kesimpulannya, Mulberry Power Jelly berpotensi sebagai alternatif snek yang lebih sihat dan menarik untuk kanak-kanak.