Nur Najihah Binti Azahar KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
Bahan pembungkusan daripada kayu sering kali dibuang begitu sahaja selepas digunakan, sedangkan ia masih boleh dimanfaatkan dengan lebih baik. Oleh itu, satu langkah inovatif telah diambil dengan menukar peti kayu kepada tempat penyimpanan barangan yang lebih efektif dan serbaguna. Produk ini dinamakan almari Eco-Slick, iaitu gabungan perkataan “eco” yang membawa maksud mesra alam dan “slick” yang merujuk kepada fungsi gelongsor atau sliding yang menjimatkan ruang. Hasil kajian mendapati almari ini bukan sahaja meningkatkan nilai estetika ruang dalaman, malah membantu mengurangkan pembaziran ruang penyimpanan. Inisiatif ini juga menggalakkan amalan kitar semula dengan menghasilkan produk berguna daripada bahan terbuang seperti kayu, seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar melalui pendekatan kreatif dan lestari. Projek ini dilihat berpotensi untuk dikembangkan secara lebih meluas serta memberi impak positif dalam mengurangkan sisa pepejal kayu.