NUR AUNI DAHIYAH BINTI MOHAMAD JURAIDI SEKOLAH AGAMA MENENGAH BANDAR BARU SALAK TINGGI
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan bahan undercoat berasaskan polimer yang mempunyai rintangan tinggi terhadap penyerapan kelembapan bagi pelbagai aplikasi perlindungan permukaan seperti komponen automotif, lantai bersimen, dinding dan bumbung. Permukaan-permukaan ini sering terdedah kepada keadaan lembap yang boleh menyebabkan kerosakan bahan, pengelupasan salutan serta mempercepatkan proses kakisan
Dalam kajian ini, bahan undercoat dirumuskan menggunakan polistirena sebagai matriks polimer termoplastik, petrol sebagai pelarut, simen sebagai bahan pengisi dan pengikat, serta pigmen cat sebagai bahan tambahan. Pemilihan bahan dibuat berdasarkan faktor kos yang rendah, ketersediaan bahan dan kemudahan pemprosesan.
Prestasi rintangan kelembapan bahan dinilai melalui ujian penyerapan air berdasarkan piawaian ASTM D570. Nilai penyerapan air digunakan sebagai indikator ketahanan salutan kerana kelembapan yang tinggi boleh menjejaskan daya lekatan dan sifat mekanikal bahan. Dapatan kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan bahan salutan pelindung yang lebih kos efektif dan sesuai digunakan pada pelbagai jenis permukaan.