NUR ZAATUL HUSNA BINTI MOHD FADZLY SEKOLAH MENENGAH SRI AL AMIN BANGI
Projek Kertas Ajaib bertujuan untuk mengurangkan pembuangan sampah dan penebangan pokok melalui kitar semula kertas terpakai. Dalam projek ini, peserta akan mengumpul kertas buangan dan mempelajari cara menghasilkan kertas baharu secara kreatif dan mesra alam. Aktiviti ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran, malah memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Hasilnya, kertas lama dapat diberi nafas baharu dan dimanfaatkan semula.