JS2134: Permainan Empayar Usahaniaga: Celik Kewangan Untuk Kanak-kanak

Anis Hadirah Binti Sulaiman Sekolah Kebangsaan Abdullah

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 7 times | LS: 7.0
Like it? | Support them now!

Permainan empayar usahaniaga merupakan alat pembelajaran yang efektif dalam membantu kanak-kanak memahami konsep asas sesuatu bidang dengan lebih interaktif. Ia merupakan sebuah inovasi permainan board yang diinspirasikan daripada Monopoli tetapi difokuskan kepada pengenalan awal perakaunan untuk kanak-kanak. Objektif utama permainan ini adalah untuk memperkenalkan konsep asas perakaunan seperti pendapatan, perbelanjaan, simpanan, pelaburan, dan keuntungan dalam suasana yang menyeronokkan dan mudah difahami. Keunikan utama (novelty) permainan ini terletak pada pendekatan pembelajaran berasaskan simulasi perakaunan yang ringkas dan mesra kanak-kanak. Berbeza dengan permainan tradisional yang berfokus pada strategi hartanah atau pelaburan kompleks, permainan ini direka khusus dengan elemen kewangan asas yang mudah difahami oleh pemain muda. Selain itu, penggunaan kad situasi kewangan harian yang realistik membantu kanak-kanak mengaitkan konsep perakaunan dengan pengalaman sebenar menjadikannya lebih relevan dan praktikal. Reka bentuk permainan ini menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan melalui mekanisme pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning). Setiap pemain akan mengambil peranan sebagai usahawan muda yang perlu mengurus kewangan mereka dengan bijak berdasarkan prinsip perakaunan asas. Penggunaan sistem transaksi yang mudah difahami serta elemen simulasi keputusan kewangan menjadikan permainan ini alat yang berkesan untuk membangunkan kemahiran pengurusan kewangan sejak usia muda. Kelebihan utama inovasi ini adalah ia tidak hanya memperkukuh kefahaman konsep perakaunan tetapi juga membentuk pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam situasi kewangan harian. Potensi komersial permainan ini adalah tinggi kerana ia boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar di sekolah, pusat tuisyen, serta dalam kalangan ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak mengenai kepentingan pengurusan kewangan. Kesimpulannya, permainan board ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada kanak-kanak, tetapi juga menyediakan asas yang kukuh dalam literasi kewangan awal. Inovasi ini berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan generasi yang lebih celik kewangan dan asas perakaunan, selaras dengan keperluan masyarakat moden yang menuntut kemahiran pengurusan kewangan sejak peringkat awal lagi.