PR1877: PEMBANGUNAN MODEL PENDIDIKAN SEKSUAL DIGITAL KANAK-KANAK BERISIKO DI MALAYSIA

CHIA HEI MIN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

VIC25 | Professional

CR: 0.0217 | 1 Likes | 46 Views | 81 times | LS: 82.0
Like it? | Support them now!

Masalah sosial berkaitan seks di negara ini sering menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Kes-kes hamil luar nikah, pencabulan, penderaan seksual, buang bayi, rogol dan seumpamanya yang dilaporkan media menimbulkan kesedaran bahawa pendidikan seksual amat penting untuk diberikan kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Kajian terdahulu membuktikan bahawa kanak-kanak di negara ini memiliki tahap pengetahuan seksual yang rendah dan menjadikan rakan dan internet sebagai sumber utama mendapat maklumat tentang seks. Pendidikan seksual diserap merentas kurikulum namun dari segi perlaksanaannya memiliki kekangan yang tersendiri sehingga menjejaskan keberkesanan disebabkan faktor tabu, kurangnya pengetahuan dan kemahiran guru, tiada kerjasama dari ibubapa dan masyarakat serta sumber maklumat yang tidak seiring dengan keperluan kanak-kanak dan peredaran teknologi. Kajian i n i bertujuan unt uk membina Model Pendidikan Seksual Digital dalam usaha untuk memperkasakan golongan kanak-kanak terutamanya dari kumpulan keluarga yang berisiko tinggi. Statistik membuktikan golongan berisiko yang terdiri daripada keluarga yang bermasalah, gelandangan,anak luar nikah, B40,penempatan di sempadan & kepadatan tinggi banyak terlibat dalam isu delikuen. Kajian ini berfokus pada pembinaan Model Pendidikan Seksual Digital memandangkan sumber rujukan dan kandungan pendidikan seksual dalam bidang teknologi sangat kurang di Malaysia. Selain itu juga keperluan seiring teknologi yang memudahkan akses dan mobiliti di mana sahaja mempercepatkan mesej disampaikan dengan meluas.Bagi merealisasikan kajian ini, Kajian Reka bentuk dan Pembangunan DDR (Design and Development Research Approach) yang diperkenalkan oleh Ritchey dan Klien (2007) digunakan sebagai metodologi dalam kajian ini. DDR merupakan elemen kajian masa kini yang membina dan membangunkan model dengan melibatkan tiga fasa kajian iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Rekabentuk dan Pembangunan dan Fasa Penilaian yang melibatkan kaunselor dan pakar bidang kanak-kanak dari seluruh Malaysia. Kesimpulannya, bagi memastikan pendidikan seksual dapat dilaksanakan kepada golongan kanak-kanak seharusnya satu model pendidikan seksual menepati perkembangan dan keperluan kanak- kanak di era teknologi dan digital terutama untuk golongan kanak-kanak berisiko di Malaysia.