JS785: Sentry Axis Uno

AL AMMAR NUR MUHAMMAD BIN AMEER NAJWAN SEKOLAH KEBANGSAAN IBRAHIM

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

Sentry Axis Uno ini merupakan satu inovasi teknologi ringkas yang berpaksikan sistem pengawal utamanya iaitu mikropengawal Arduino Uno. Ianya direka bagi meningkatkan keselamatan dan produktivi manusia didalam kehidupan seharian. Fokus utama ialah didalam menyelesaikan masalah dari segi keselamatan pemanduan, pembelajaran dan ketenteraman ruang kerja atau belajar.

Sistem in juga mengaktifkan dan mengaplikasikan sensor ultrasonik sebagai pengerak deria yang memantau jarak sesuatu kedudukan secara real-time. Apabila objek dikesan pada jarak yang ditetapkan maka amaran akan dikeluarkan melalui Buzzer dan LED. Gerak kerja ini memberi maklum balas secara audio-visual kepada pengguna dengan sistem amaran yang memberi impak mengejut.

Inovasi ini bukan sahaja ringkas tetapi kosnya juga sangat minimal serta menyokong matlamat global iaitu SDG3(Kesihatan dan Kesejahteraan) , SDG4(Pendiikan Berkualiti) dan SDG9(Industri, Inovasi dan Insfrastruktur).

Hasil ujian ini memberi impak yang baik dan berupaya bertindak sebagai peranti amaran yang boleh dibawa kemana sahaja sekaligus dapat menangani isu kemalangan jalan raya dan meningkatkan mutu efisensi pembelajaran atau kerja secara lebih sistematik dan terkawal.