JANE JELENA ANAK BENNY SMK PENRISSEN
WATCH MEMORY MATCH
JANE JELENA ANAK BENNY
LUFIANA CHRISTIMAS ANAK LOUIS
MAGDELYNE SARRA ANAK ALIP
VIVIANA MARCIA ANAK ANTHONY THOMAS
GURU PEMBIMBING: CIKGU NURNADIA IZZATIE BINTI ALIAS
Permainan "Watch Memory and Match" telah dibangunkan sebagai alat pengajaran interaktif untuk membantu pelajar memahami fungsi dan komponen Sistem Endokrin. Dalam permainan ini, pelajar diberi masa 5 minit untuk mengingat kedudukan setiap kelenjar endokrin dan fungsi hormon yang dirembeskan. Kad soalan bagi 3 aras iaitu nama kelenjar, kedudukan kelenjar dan fungsi serta kesan berlebihan atau kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin.Tujuan utama permainan ini adalah untuk memperkukuhkan ingatan pelajar mengenai hubungan antara kelenjar, hormon, dan fungsinya, serta untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang kepentingan sistem endokrin dalam mengawal pelbagai proses badan. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan permainan "Watch Memory and Match" dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep asas Sistem Endokrin. Hasil kajian menunjukkan bahawa permainan ini berjaya meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengingati dan memahami interaksi kompleks dalam sistem endokrin, serta menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif. Kesimpulannya, permainan "Watch Memory and Match" menawarkan satu kaedah yang berkesan dan menarik untuk mengajar topik Sistem Endokrin dalam kurikulum sains.