PR1089: SMART TRACE KIT

MOHD SYAZWAN ZAINAL MAKMAL PEMBELAJARAN AUTISME

VIC25 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 13 times | LS: 13.0
Like it? | Support them now!

Kemahiran pramenulis merupakan komponen asas yang penting untuk perkembangan awal penulisan dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Kelemahan MBPK dalam aspek motor halus, koordinasi mata dan tangan serta kawalan otot jari sering menjejaskan kebolehan mereka untuk memegang alat tulis dan membentuk huruf dengan tepat. Justeru, Smart Trace Kit (STK) telah dibangunkan sebagai alat bantu pengajaran yang bertujuan untuk membantu MBPK menguasai kemahiran menyurih garisan melengkung dan garisan beralun. Inovasi ini merupakan lanjutan kepada Kit Jom Menyurih Garisan, dengan peningkatan dari segi tahap kesukaran aktiviti menyurih. Kajian kebolehgunaan STK dilaksanakan melalui pemerhatian berstruktur selama lima minggu yang melibatkan dua orang MBPK. Data diperoleh melalui penggunaan senarai semak serta pelaksanaan ujian pra dan pasca bagi menilai tahap penguasaan kemahiran menyurih garisan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam keupayaan peserta untuk menyurih garisan melengkung dan beralun dengan lebih baik. Maklum balas guru menunjukkan bahawa STK bersifat mesra pengguna, berkesan serta boleh digunakan secara berulang dalam pelbagai sesi pembelajaran. Kesimpulannya, STK berpotensi memberikan impak positif terhadap penguasaan kemahiran pra menulis dalam kalangan MBPK melalui peningkatan kecekapan motor halus, koordinasi tangan dan mata, serta pemahaman terhadap bentuk garisan. Selain itu, reka bentuk STK yang interaktif dan menyeronokkan berupaya meningkatkan motivasi pembelajaran. Inovasi ini sedang dalam proses permohonan perlindungan harta intelek melalui Universiti Kebangsaan Malaysia.