IZZAH INSYIRAH BINTI SAMAH SMK BUKIT GARAM II
Projek ini membangunkan sebuah aplikasi web pintar bertemakan warna pink yang direka khusus untuk membantu pelajar mengurus jadual tugasan harian dengan lebih teratur dan berkesan. Aplikasi ini membolehkan pengguna menambah tugasan lengkap dengan maklumat seperti nama tugasan, tarikh, masa, keutamaan, status, dan nota tambahan. Tugasan disusun secara automatik mengikut tarikh, keutamaan, dan masa supaya pelajar dapat memberi tumpuan kepada tugasan yang paling penting. Data tugasan disimpan secara automatik menggunakan localStorage di pelayar web, membolehkan akses tanpa memerlukan sambungan internet. Projek ini diharap dapat meningkatkan kemahiran pengurusan masa dan produktiviti pelajar dalam menyelesaikan tugasan mereka dengan lebih sistematik dan efisien.