MUHAMMAD ANIS IKHWAN BIN AZMI SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
SolaClap ialah jam dinding inovatif yang menggunakan tenaga solar dan dilengkapi dengan sensor bunyi. Ia direka untuk menjimatkan tenaga dan memudahkan pengguna melihat masa dengan hanya menepuk tangan atau menghasilkan bunyi. Paparan jam akan aktif secara automatik apabila mengesan bunyi dan kembali ke mod jimat tenaga selepas beberapa saat. Jam ini sesuai digunakan di rumah, sekolah atau pejabat, terutamanya bagi mereka yang mengutamakan teknologi hijau. SolaClap membantu mengurangkan penggunaan bateri dan menyokong amalan kelestarian alam. Harapan kami agar inovasi ini dapat digunakan secara meluas sebagai produk harian yang pintar dan mesra alam.