Airis Erynaa Soffieya Binti Ahmad Ezril Sekolah Kebangsaan Proton City
Subjek sejarah merupakan subjek yang sukar untuk untuk difahami oleh murid-murid. Ini kerana disebabkan oleh sukar mengingati fakta, bahan pembelajaran kurang menarik, kurang aktiviti hands-on, dan tiada bahan pembelajaran berbentuk 2D, 3D dan model. "Explorer : Jelajah Sejarah" , merupakan salah satu produk inovasi bagi subjek sejarah. "Explorer : Jelajah Sejarah" mengandungi 2 set iaitu (i) set pertama : kotak magik bahan primer dan sekunder, manakala set (ii) model seni kreatif pembukaan melaka. Beberapa novelty "Explorer : Jelajah Sejarah" iaitu : integrasi seni kreatif (karya lukisan dan model), karakter pahlawan-pahlawan dicipta dengan menggunakan Atificial Intelegence, dibangunkan dalam bentuk 2D dan 3D, pembelajaran berasasakan naratif (storytelling), serta mempraktikkan bahan secara abad 21. "Explorer : Jelajah Sejarah" menjadikan pembelajaran sejarah lebih seronok dan sangat menarik. "Explorer : Jelajah Sejarah" telah disahkan oleh 2 orang pakar, iaitu pakar sejarah dan pakar pendidikan. "Explorer : Jelajah Sejarah" sangat membantu murid, guru, sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Technology readiness level bagi "Explorer : Jelajah Sejarah"ialah TRL 8. Intellectual Property (Copy Right) bagi "Explorer : Jelajah Sejarah" sedang dimohon di MyIPO. "Explorer : Jelajah Sejarah" djual dengan harga RM50. "Explorer : Jelajah Sejarah" akan dipromosi di Facebook, tiktok dan shopee.