SUZILAWATI BINTI MAAMOR SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT JUASSEH
Magic Ruler ialah alat bantu mengajar inovatif yang direka khusus untuk murid Pemulihan Khas dalam pembelajaran Matematik, khususnya operasi tambah dalam lingkungan 100. Diinspirasikan daripada pembaris bernombor, alat ini mesra pengguna, ringan, berwarna-warni dan mudah digunakan. Ia membantu murid memahami konsep “anu” dengan lebih cepat melalui aktiviti psikomotor seperti padanan huruf dan susunan nombor. Magic Ruler berjaya menarik minat murid, mengurangkan kebosanan, serta meningkatkan kefahaman dan pencapaian dalam tugas harian. Inovasi ini juga memudahkan guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan interaktif.