MOHAMAD AMIRUL BIN HUSAIROL KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
Burger ikan patin ini bukan sekadar hidangan, tetapi simbol usaha, inovasi, dan cinta kepada alam sekitar. Semuanya bermula dengan sistem ternakan inovatif yang dikenali sebagai “Suchi”. Sistem ini menggabungkan teknologi moden dan pendekatan mesra alam untuk menghasilkan ikan patin berkualiti tinggi.
Prosesnya bermula dengan pemanian beradas untuk mendapatkan benih ikan yang sihat. Rega ikan kemudian dibela dengan teliti, menggunakan makanan yang diproses dari batang pisang. Pilihan makanan ini bukan sahaja membantu mengurangkan sisa pertanian, tetapi juga memberikan nutrisi yang optimum untuk tumbesaran ikan. Hasilnya adalah ikan patin yang sihat, berlemak, dan mempunyai tekstur yang sempurna untuk dijadikan bahan asas burger.
Projek ini digarap bagi memenuhi keperluan dalam menternak dengan lebih mudah, murah dan efisien. Projek ini merangkumkan beberapa produk inovasi Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan melibatkan pelet makanan dari tumbuhan akuatik Azzola iaitu Pelet AH Pro, rawatan air Aquafera dan vaksin ternakan ikan Cattapa. Produk-produk ini terbukti keberkesannya, malah telah menerima pengiktirafan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Keunikkan lain projek ini ialah, projek ini bermula daripada scratch yang mana benih/anak ikan yang diternak juga dihasilkan sendiri melalui kaedah aruhan. Seterusnya produk akhir projek ini juga mempunyai kepelbagaian pilihan untuk memudahkan pemasaran hasil yang dikeluarkan.
Ujian nilai nutrisi dari Makmal Melaka Biotech Holdings menunjukkan daging ikan yang dihasilkan menggunakan sistem ini mempunyai kadar protein yang lebih tinggi dan lemak yang rendah berbanding sistem komersial. Kos perternakan dikurangkan 50% dan kadar kematian juga lebih rendah iaitu 1% sahaja. Data Nisbah Penukaran Makanan (NPM) juga menunjukkan kadar yang baik dengan purata 1 hingga 2 dengan pengambilan 1kg makanan.