YS454: THE BIOBOOSTERS

WAN MOHAMMAD SYAZLAN BIN WAN MOHD NASSIR SMK DATO' AHMAD MAHER

Kebergantungan terhadap bahan api fosil serta peningkatan pencemaran alam sekitar menuntut pencarian sumber tenaga alternatif yang lebih lestari. Oleh itu, projek ini dibangunkan untuk menghasilkan bioetanol daripada hampas tebu, iaitu sisa pertanian yang banyak dihasilkan tetapi kurang dimanfaatkan. Hampas tebu dipilih kerana masih mengandungi kandungan gula yang sesuai untuk proses penukaran kepada bioetanol melalui kaedah hidrolisis, fermentasi menggunakan yis, dan penyulingan. Melalui proses ini, bioetanol berjaya dihasilkan dalam kuantiti yang boleh diuji. Ujian pembakaran menunjukkan bahawa bioetanol yang dihasilkan menghasilkan nyalaan api yang stabil, kurang berasap dan lebih mesra alam berbanding bahan api konvensional. Inovasi ini membuktikan bahawa sisa pertanian seperti hampas tebu mempunyai potensi besar untuk ditukarkan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui yang lebih bersih dan mampan.Secara keseluruhannya, projek ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran sisa pertanian, malah berpotensi mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kebergantungan kepada bahan api fosil, sekali gus menyokong usaha ke arah pembangunan teknologi tenaga hijau pada masa hadapan.

Kata kunci: Bioetanol, hampas tebu, tenaga boleh diperbaharui, fermentasi, tenaga hijau.