CLAIRIE ANAK BRIAN SMK PENRISSEN
TATAGO merupakan sebuah permainan interaktif berasaskan gamifikasi yang direka khas untuk membantu murid menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu dengan cara yang menyeronokkan dan berkesan. Inovasi ini dibangunkan bagi mengatasi masalah penguasaan tatabahasa yang lemah dalam kalangan murid akibat kaedah pengajaran tradisional yang kurang menarik dan tidak berpusatkan murid. Permainan ini mempunyai tiga tahap kesukaran iaitu mudah, sederhana dan sukar yang memerlukan murid menjawab soalan tatabahasa secara interaktif. Melalui pendekatan berasaskan permainan, murid menjadi lebih aktif, bermotivasi dan mudah memahami konsep tatabahasa berbanding kaedah konvensional. TATAGO terbukti meningkatkan penglibatan aktif murid, memperbaiki pencapaian dalam latihan dan pentaksiran, serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Inovasi ini dibangunkan tanpa sebarang kos dan berpotensi dikembangkan sebagai bahan bantu mengajar digital untuk kegunaan sekolah rendah dan menengah secara lebih meluas.