LUQMAN AL-HAKIM BIN SHAH JAHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Kulit buah oren yang masih mengandungi banyak khasiat biasanya dibuang begitu sahaja. Di sekolah kami, selepas makan tengah hari, banyak bahan buangan kulit buah oren dibuang. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk kesihatan yang memanfaatkan khasiat kulit oren ini. Selain itu, mengguna semula bahan terbuang boleh mengurangkan bahan buangan di sekolah kami. Tujuan: Menghasilkan beberapa produk kesihatan daripada kulit buah oren seperti sabun badan, sabun tangan, pelembap bibir, penghalau serangga dan deodoran. Alat dan bahan: kulit oren, gliserin, air suling, shea butter, minyak kelapa dara, air mineral, tepung jagung, serbuk penaik, dan lain-lain bahan. Keunikan produk: pelembap bibir, sabun tangan dan deodoran daripada kulit oren asli tanpa pengawet masih tidak meluas penggunaan sedangkan bahan ini boleh menghilangkan bau badan dan bau tidak menyenangkan pada tangan dan badan. Semburan penghalau serangga juga mampu mencegah serangga kecil dalam rumah dan mempunyai bauan limau yang menyegarkan. Produk-produk ini adalah asli dan tiada campuran bahan kimia bahaya. Kesimpulan: Produk daripada kulit buah oren mempunyai banyak manfaat kepada Kesihatan. Produk ini boleh dikomersialkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat sebagai projek usahawan murid-murid. Selain itu, projek penghasilan produk kesihatan berasaskan kulit oren ini juga dapat mengurangkan sisa buangan dipersekitaran sekolah dan rumah.